chat

Tak la gempak sangat

/ Thursday, September 15, 2011 /
selamat malam semua.
sebelum gua tido,gua rasa gua nak menaip pula dekat sini.gua tau,tak de orang baca pun blog ni tapi kalau gua boleh taip tu,sekurang kurangnya gua rasa lega.
sebenarnya gua baru je lepas tengok cite hantu bonceng.
ok!
gua tau gua lambat sikit tapi sekurang kurangnya tengok la juga.nanti bila orang tanya tak de la nak blur sangat sebab gua dah tau dia punya whole story dengan plot jalan cite dia tu.
ek,plot dengan jalan cite sama je kan?harharhar
daripada pengamatan gua,cite tu takde lar gempak sangat pun.biase biase je bagi gua.
gua tak berniat nak buat review filem ni tapi for me it just ok.
zizan pun baru lagi sebagai pelakon filem,gua rasa tak lawak sangat lar kalau dia cakap ikut skrip,tapi dah nama pun filem,memang lar kena ikut skrip.
apa bangang sangat ayat gua ni.
tapi apa apa pun,juliana evens tetap cun,jue aziz tak payah kata,memang tak dapat diberi apa apa ulasan.
jalan cita dia agak simpe tapi gua tak expect pun jalan cite dia macam tu.
ok la,gua tak reti nak bagi ulasan ka hapa kejadah ni suma.gua bukan orang seni dan gua bukan kreatif pun.
apa yang dapat gua rumuskan,setiap orang ada opinion,just listen and respect others opinion.
apasal kontrovasi main-2 pasal agama..gua no komen sebab gua bukan arif sangat..tapi for me,berpada pada lar kalau nak buat lawak pun.
tengok macam cita adnan sempit,cita tu tetap lawak even takda gunakan agama sebagai its main subject.
ok ok..gua dah overreact nampak gayanya,biarlah gua mengundur diri dulu.
selamat malam sayang!

p/s:-kalau mau compare filem hantu bonceng dengan KL gengster,dua-2 gua kata teruk dan gua lagi suka filem              inception..best oo,penonton kena fikir dia punya jalan cita.

WORDLESS WEDNESDAY.#1

/ Wednesday, September 14, 2011 /

gua mahukan ketenangan seperti gambar diatas.
seperti ada jiwa gambar yang gua ambil sendiri ni
ianya HIDUP

Sedikit Intro

/ Tuesday, September 13, 2011 /

assalamualaikum....
hello hello..
sebenarnya ini second post gua dekat blog ni.
gua pun tak kenal kan diri lagi.
memang niat gua tak nak kenalkan diri pun.gua ni pemalu orangnya.so,just make it simple.macam dah ada dalam first post,gua dah bagi secara terang terang tarikh lahir gua.ya,gua memang muda lagi.
sebab tu la tulis blog pun terkial kial lagi.bak kata orang sesuci bayi yang baru lahir.
gua seorang lelaki yang ada hati ada taman didalamnya.jangan tanya gua mana gua tau dalam hati gua ada taman.harharhar
tapi setakat yang gua tau sekarang ni,taman dalam hati gua sudah lama tidak disirami oleh kasih sayang seorang perempuan.
tapi juga.wah banyak tapi ni..apa yang terus menghidupkan taman dalam hati gua ialah secebis cahaya harapan.
ala,lu orang banyakkan macam pokok dan tumbuh tumbuhan dan flora yang ada kat dunia ni..tanpa cahaya matahari mana boleh hidup.
takkan tak tau kud?
tak belajar sains ka?
tumbuhan melakukan photosynthesis daripada cahaya matahari,sama juga macam taman dalam hati gua,melakukan proses photosynthesis dengan adanya secebis cahaya harapan tapi sayangnya tiada kasih sayang yang disiramkan.:O

*********************

ok!
dah menyimpang jauh dari intro nampak gayanya.mari kembali ke pangkal jalan iaitu jalan yang lurus.
memandangkan usia gua yang agak muda,so gua takde kerja lagi.apa yang gua buat sekarang ialah bangun pagi,pergi kelas..tapi buat benda ni tak semudah yang disangka.
sebab?
sebab gua ni pemalas orangnya sejak zaman berzaman lagi bermula zaman pmr hinga la spm dan meneruskan legasi ke zaman universiti iaitu zaman gua hidup sekarang ni.
ha.gua memang seorang siswa disebuah pusat pengajian tinggi.
gua ni memang seorang yang kurang pandai tapi pada masa yang sama juga gua bukan seorang yang bodoh.
tapi gua rasa macam gua dah tersilap ambil kos pulak.
tak kena dengan jiwa gua yang comel lagi hensem ini..aww..kos gua ambik macam nerd je..walaupun gua bukan budak paling pandai dalam kelas tapi gua tetap rasa kos ni membuat gua rasa bodoh yang amat sangat.
itu semua berpunca dari jiwa gua yang kurang serasi dengan kos tersebut.
bukan salah gua.salah jiwa gua sebenarnya.boleh sakit jiwa kalau lama lama macam ni..harharhar.

*********************

lagi?
dari mana gua asal?
lu orang tak payah tau sebab for sure la gua asal dari dalam perut mak gua.LOL
ok!
tu tak lawak sebenarnya.gua ni orang yang tinggal jauh di pelusuk malaysia.
nak buat macam mana time tu mak gua balik beraya dikampung dan ditakdirkan gua dilahirkan pada masa tu  disana.jangan cuba lu orang nak salahkan takdir pula.
plus gua bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di negeri yang indah dan damai dan jumpa orang-2 yang boleh dijadikan calon isteri gua.
mungkin sudah ditakdirkan barangkali.ada hikmah disetiap suatu perkara.

ok la..banyak tu je yang mampu gua tulis malam ni.see u all next time.

#gudluck for my brother yang ambil upsr,jadilah macam abang kamu ni yang dapat 5A..

Tahukah?

/ Sunday, September 11, 2011 /

As-Salam,
tahukah anda?
semalam 12 syawal ialah birthday saya?
..
...
....
....
of course la anda tak tau sebab tak ramai orang ambik tau pun tarikh kelahiran mereka dalam bulan islam or kelendar hijrah
aku rasa bersyukur aku dilahir 12 hari lepas umat islam menyambut hari raya.
iaitu jatuh pada tanggal 12 syawal tahun 1413 hijrah bersamaan 4 april 1993 pada hari isnin.
saja nak bagi tau semalam birthday aku kepada sesiapa yang tak tau.
aku sambut 2 kali setahun:P
tapi biasanya aku sendiri ja yang sambut.
tak pernah orang lain sambut kat aku pun even my own family
sentap hati oo.
kbai.

p/s: belajar untuk berjanji dan belajar untuk menunaikan janji tersebut.
       mungkin itu punca anak2 pun terikut ikut bila dah makin besar. jangan ingat budak2 darjah 3 or 4
       tak akan boleh ingat apa yang parent dia pernah janji.

Labels

 
Copyright © 2010 aku sahaja, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger