chat
Sedikit Intro
assalamualaikum....
hello hello..
sebenarnya ini second post gua dekat blog ni.
gua pun tak kenal kan diri lagi.
memang niat gua tak nak kenalkan diri pun.gua ni pemalu orangnya.so,just make it simple.macam dah ada dalam first post,gua dah bagi secara terang terang tarikh lahir gua.ya,gua memang muda lagi.
sebab tu la tulis blog pun terkial kial lagi.bak kata orang sesuci bayi yang baru lahir.
gua seorang lelaki yang ada hati ada taman didalamnya.jangan tanya gua mana gua tau dalam hati gua ada taman.harharhar
tapi setakat yang gua tau sekarang ni,taman dalam hati gua sudah lama tidak disirami oleh kasih sayang seorang perempuan.
tapi juga.wah banyak tapi ni..apa yang terus menghidupkan taman dalam hati gua ialah secebis cahaya harapan.
ala,lu orang banyakkan macam pokok dan tumbuh tumbuhan dan flora yang ada kat dunia ni..tanpa cahaya matahari mana boleh hidup.
takkan tak tau kud?
tak belajar sains ka?
tumbuhan melakukan photosynthesis daripada cahaya matahari,sama juga macam taman dalam hati gua,melakukan proses photosynthesis dengan adanya secebis cahaya harapan tapi sayangnya tiada kasih sayang yang disiramkan.:O
*********************
ok!
dah menyimpang jauh dari intro nampak gayanya.mari kembali ke pangkal jalan iaitu jalan yang lurus.
memandangkan usia gua yang agak muda,so gua takde kerja lagi.apa yang gua buat sekarang ialah bangun pagi,pergi kelas..tapi buat benda ni tak semudah yang disangka.
sebab?
sebab gua ni pemalas orangnya sejak zaman berzaman lagi bermula zaman pmr hinga la spm dan meneruskan legasi ke zaman universiti iaitu zaman gua hidup sekarang ni.
ha.gua memang seorang siswa disebuah pusat pengajian tinggi.
gua ni memang seorang yang kurang pandai tapi pada masa yang sama juga gua bukan seorang yang bodoh.
tapi gua rasa macam gua dah tersilap ambil kos pulak.
tak kena dengan jiwa gua yang comel lagi hensem ini..aww..kos gua ambik macam nerd je..walaupun gua bukan budak paling pandai dalam kelas tapi gua tetap rasa kos ni membuat gua rasa bodoh yang amat sangat.
itu semua berpunca dari jiwa gua yang kurang serasi dengan kos tersebut.
bukan salah gua.salah jiwa gua sebenarnya.boleh sakit jiwa kalau lama lama macam ni..harharhar.
*********************
lagi?
dari mana gua asal?
lu orang tak payah tau sebab for sure la gua asal dari dalam perut mak gua.LOL
ok!
tu tak lawak sebenarnya.gua ni orang yang tinggal jauh di pelusuk malaysia.
nak buat macam mana time tu mak gua balik beraya dikampung dan ditakdirkan gua dilahirkan pada masa tu disana.jangan cuba lu orang nak salahkan takdir pula.
plus gua bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di negeri yang indah dan damai dan jumpa orang-2 yang boleh dijadikan calon isteri gua.
mungkin sudah ditakdirkan barangkali.ada hikmah disetiap suatu perkara.
ok la..banyak tu je yang mampu gua tulis malam ni.see u all next time.
#gudluck for my brother yang ambil upsr,jadilah macam abang kamu ni yang dapat 5A..


0 comments:
Post a Comment